Latest News

Official News & Updates

Fokuskan Pada Penjagaan Kesihatan

as featured on SINARONLINE (27 March 2016)
CUACA
panas dan kering yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Dehidrasi adalah penyakit berkaitan haba dan ia juga boleh disebabkan oleh muntah, cirit-birit dan demam. Ia berlaku apabila badan kehilangan kandungan air dan garam penting dalam badan seperti natrium, kalium, kalsium dan fosfat. Dehidrasi yang teruk memerlukan rawatan perubatan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa.

Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang teruk dan biasanya suhu badan teras meningkat melebihi 42°C atau 106 °F dalam masa…
Read more at SINAR HARIAN

 

Razana Doktor Pakar Disegani

DALAM pertemuan hampir sejam itu, wanita berstatus doktor pakar perubatan keluarga dan wanita ini sememangnya seorang yang mudah didekati dan ceria orangnya. Beliau juga cukup ramah dan murah dengan senyuman.

Sambil melemparkan sekuntum senyum yang menampakkan barisan gigi putihnya yang teratur cantik itu, wanita yang dikenali sebagai Dr Razana Zakaria memberitahu, kerjaya doktor yang diceburinya sekarang merupakan cita-citanya sejak daripada kecil lagi.

Selain melihat kerjaya itu sebagai jaminan masa depan, Dr Razana berkata, ada sebab-sebab tertentu mengapa diri memilih untuk menjadi seorang doktor pakar.
Read more at SinarOnline